A- A A+
Malay Chinese (Simplified) English Hindi

petamaklumbalashubungifaq

IMG 20190828 WA0020

KUBANG PASU, 26 OGOS 2019 - Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu telah menganjurkan Kursus Fail Dan Rekod Secara 'In-House' Arkib Negara Malaysia Negeri Perlis/Kedah Tahun 2019 pada 26 hingga 28 ogos 2019 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Tanah Kubang Pasu. Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah-penceramah daripada Arkib Negara Malaysia Negeri Perlis / Kedah. Antara modul-modul yang dibincangkan pada hari pertama ialah Pengenalan Kepada Pengurusan Rekod Kerajaan dan Perundangan dan Peraturan Dalam Pengurusan Rekod Kerajaan yang disampaikan oleh Encik Khairi bin Shahnizam bin Mustaffa, Penolong Pegawai Arkib Negara Negeri Perlis / Kedah.

Modul-modul lain yang disampaikan adalah Klasifikasi Fail, Pewujudan, Penawanan dan Penutupan Fail, Penggunaan dan Penyelenggaraan Rekod, Keperluan Penyediaan Bilik Registri dan Bilik Rekod dan Pelupusan Rekod Awam yang telah disampaikan oleh Puan Balkiss binti Othman.

IMG 20190826 095433

IMG 20190826 095424

IMG 20190827 122035

IMG 20190827 092926