Dua Pusat Pemindahan Banjir Di Baling Ditutup

Dua Pusat Pemindahan Banjir Di Baling Ditutup


ALOR SETAR 12 Oktober  – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Baling yang menempatkan 152 orang mangsa banjir daripada 48 keluarga ditutup jam 2 petang tadi susulan keadaan banjir yang mulai surut.Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah, Shamsul Izrin Isahak berkata, penutupan dua PPS itu diumumkan Pegawai Daerah Baling, merangkap Pengerusi Bencana daerah, Abdul Bari Abdullah sejurus mengadakan lawatan di PPS Kompleks Sukan Baling sebentar tadi.

“Mangsa yang dibenarkan pulang membabitkan seramai 132 orang daripada 45 keluarga di PPS Kompleks Sukan Baling dan 20 mangsa daripada tiga keluarga di PPS Dewan Tun Abdul Razak selepas air mulai surut sejak pagi tadi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Pada Rabu, hujan lebat mengakibatkan dua PPS tersebut dibuka bagi menempatkan seramai 145 orang daripada 49 keluarga yang kediaman mereka dinaiki air ekoran hujan lebat petang Selasa.Banjir itu adalah yang kedua berlaku dalam tempoh seminggu selepas yang pertama pada Sabtu lepas membabitkan seramai 101 penduduk daripada 43 keluarga di Mukim Siong. – Bernama

SUMBER : SINAR