Kujungan Hormat Pegawai LHDN ke PDTKP

Kujungan Hormat Pegawai LHDN ke PDTKP

KUBANG PASU 08 Julai – Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu telah menerima Kunjungan Hormat oleh pegawai-pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 08 Julai 2019 (Isnin) bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Tanah Kubang Pasu. Seramai 6 orang pegawai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah hadir iaitu Encik Roside bin Jensi (Pengarah Cawangan Alor Setar), Encik Azizan bin Hj.Hassan (Pengarah Seksyen), Encik Mohd Firdaus bin Johari (Eksekutif Hasil), Encik Nazri bin Ismail (Eksekutif Hasil),Encik Kamaruzaman bin Mohamed (Eksekutif Hasil) dan Encik Mohd Nurul Haadi bin Makhsin (Penolong Eksekutif Hasil). Majlis bersurai pada jam 1.00 tengah hari.