PERUTUSAN KETUA JABATAN

PERUTUSAN KETUA JABATAN


TUAN HAJI MOHD ZAINI BIN HAJI RAMLI,SDK.,AMK.,BCK
Pegawai Daerah Kulim

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera saya ucapkan.Selamat datang ke Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim. Laman ini dibina bagi memudahkan carian serta capaian maklumat oleh seluruh kelompok masyarakat.Pembangunannya adalah selaras dengan seruan kerajaan bagi memastikan setiap agensi kerajaan mempunyai laman web masing – masing. Ini kerana perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat membangun yang mana semua pengguna boleh mengakses maklumat melalui hujung jari sahaja.Dengan perkembangan arus teknologi maklumat berkenaan Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim telah maju setapak ke hadapan dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat serta menjadikan Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim berjalan seiring dengan jabatan – jabatan kerajaan lain dalam menyampaikan maklumat melalui teknologi terkini yang sedia ada.

Laman web ini merupakan satu daya usaha dan komitmen semua pegawai dan kakitangan jabatan ini dalam usaha merealisasikan matlamat kerajaan elektronik di dalam semua jabatan kerajaan.Pengurusan Tanah Kulim merupakan salah satu agensi kerajaan yang menjadi pemankin utama pengurusan pentadbiran tanah.Pelbagai pemodenan dibangunkan untuk meningkat mutu perkhidmatan Pejabat Tanah Dan Galian seperti Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) dan Sistem Pengurusan Hasil Tanah (SUKHAT).

Adalah diharapkan agar Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim mampu memberi penerangan serta maklumat tentang peranan,tanggungjawab dan aktiviti -aktiviti yang dijalankan di Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim.Laman web ini juga sedaya upaya cuba untuk menyediakan profail berkaitan Daerah Kulim untuk tatapan dan makluman semua pihak.Berita – berita terkini berkaitan Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim akan dikemaskini dari masa ke semasa bagi membolehkan orang ramai megetahui peristiwa – peristiwa penting yang berlaku.Diharap dengan kehadiran laman web ini,orang ramai lebih memahami akan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim.

Akhir kata saya ingin mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan jabatan yang komited dengan tugas dan tangunggjawab masing – masing dalam merealisasikan matlamat jabatan sebagai pakar rujuk dalam bidang pengurusan dan perundangan tanah.

Pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim sentiasa mengalu – alukan sebarang pertanyaan, cadangan,komen serta maklumbalas yang membina daripada semua bagi tujuan penambaikan laman web dari masa ke semasa.

Sekian,Terima Kasih.