Kursus Pengurusan Fail dan Rekod

Kursus Pengurusan Fail dan Rekod

KOTA SETAR, 25 Jun 2019 – Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar telah menganjurkan Kursus Pengurusan Fail dan Rekod pada 23 hingga 25 Jun 2019 bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Kota Setar. Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah-penceramah daripada Arkib Negara Malaysia Negeri Perlis / Kedah. Antara modul-modul yang dibincangkan pada hari pertama ialah Pengenalan Kepada Pengurusan Rekod Kerajaan dan Perundangan dan Peraturan Dalam Pengurusan Rekod Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Abdul Jabar bin Mohamad Ridi, Pengarah Arkib Negara Negeri Perlis / Kedah.

Modul-modul lain yang disampaikan adalah Klasifikasi Fail, Pewujudan, Penawanan dan Penutupan Fail, Penggunaan dan Penyelenggaraan Rekod, Keperluan Penyediaan Bilik Registri dan Bilik Rekod dan Pelupusan Rekod Awam yang telah disampaikan oleh Puan Siti Fatimah binti Kassim dan Encik Khairi Shahnizam bin Mustaffa.