Majlis Persaraan Dan Pertukaran Pegawai Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu

Majlis Persaraan Dan Pertukaran Pegawai Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu


Kelab Kebajikan Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu telah mengadakan Majlis Persaraan & Pertukaran Pegawai pada 14 November 2019 (Khamis) bertempat di Perkarangan Foyer Bilik Gerakan Pejabat Tanah Kubang Pasu. Pegawai bersara yang diraikan ialah Encik Abd Ghaffar bin Ahmad yang telah bersara pada 15 November 2019 dan berkhidmat selamat 37 tahun di PDTKP. Pegawai yang bertukar ialah encik Mohd Asri bin Awang, Rosli Bin Ismail dan encik Mohammad Fayyadh Bin Tajuddin. Majlis ini juga meraikan pelajar praktikal yang telah menamatkan latihan industri.