Majlis Pertukaran Pegawai PTKP

Majlis Pertukaran Pegawai PTKP

KUBANG PASU, 04 JULAI 2019 – Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu telah mengadakan Majlis Pertukaran Kakitangan PTKP pada 04 Julai 2019 (Khamis) bertempat di Restoran Ruhanum Hainan Chicken Rice Shop.  Tetamu yang diraikan pada hari tersebut adalah Puan Noorul Azzyati binti Ahmad Salmi, AMK., BCK. yang telah bertukar ke Majlis Perbandaran Langkawi. Penyampaian cenderamata kepada yang diraikan telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah).