PERUTUSAN KETUA JABATAN

PERUTUSAN KETUA JABATAN

 

ENCIK NASRUN BIN DATO’ MOHD SHERIFF, AMK., BCK.,
Pegawai Daerah Pendang

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada pengunjung-pengunjung portal ini. Saya amat berbesar hati mengalu-alukan kunjungan anda sekalian ke laman web rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Pendang. Sesungguhnya kesudian anda melayari laman web ini amat bermakna bagi kami di jabatan ini dan saya berharap segala maklumat yang dipaparkan dapat memenuhi keperluan dan kehendak semua. Dan semoga laman web ini dapat membantu memberikan informasi berkaitan pengurusan daerah, pengurusan dan perundangan tanah dengan lebih terperinci. Informasi yang kami sediakan melalui laman web ini mencakupi maklumat menyeluruh tentang perkhidmatan yang dikendalikan olehPejabat Daerah dan Tanah Pendang bagi memudahkan pelanggan berurusan dengan jabatan ini.

Melalui laman web ini, diharapkan orang ramai akan lebih dekat dan mesra dengan jabatan ini. Bagi pihak Pejabat Daerah dan Tanah Pendang, saya mengalu-alukan sebarang pandangan, teguran yang membina dan bersedia menerima idea dan pandangan demi menambahbaik laman web ini. Akhir kata saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan jabatan yang begitu komited dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam merealisasikan matlamat jabatan sebagai pakar rujuk dalam pengurusan daerah dan bidang pengurusan dan perundangan tanah.

Sekian, terima kasih.