Perniagaan

ORANG AWAM

Capaian Informasi kepada Orang Awam & E-Penyertaan

informasi lanjut

PENJAWAT AWAM

Capaian Informasi Kerajaan kepada penjawat awam

informasi lanjut

PERNIAGAAN

Capaian Informasi Bagi Tujuan Perniagaan

informasi lanjut

INFO UMUM

Capaian Informasi / Maklumat Umumroulette 222

informasi lanjut

PEJABAT DAERAH DAN TANAH POKOK SENA

KENYATAAN SEBUT HARGA PDTPS 1/2024 & 2/2024. DIPELAWA KEPADA KONTRAKTOR BUMIPUTERA YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA DAN BERDAFTAR DENGAN KERAJAAN NEGERI KEDAH (iDAFTAR).

PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU

NOTIS TAWARAN KERJA UNDI ATAS TALIAN (ONLINE) FASA 1 TAHUN 2024 DAERAH BANDAR BAHARU

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUBANG PASU

SENARAI KONTRAKTOR YANG LAYAK UNTUK MAJLIS CABUTAN KERJA UNDI ONLINE FASA 3 BAGI DAERAH KUBANG PASU TAHUN 2021


 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA MUDA

KENYATAAN PELAWAAN SEBUT HARGA PELBAGAI JENIS TONER DIBAWAH SELIAAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH (BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH)


PEJABAT DAERAH DAN TANAH BALING

KLIK PAUTAN UNTUK DAPATKAN BORANG SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET ALIH (KENDERAAN)DOWNLOAD


PEJABAT DAERAH DAN TANAH KULIM

KENYATAAN IKLAN SEBUTHARGA PDTK/400-6/2/3-BIL 01/2024 (‘B’) 

NOTIS SEBUT HARGA PDTK 1/2024 & PDTK 2/2024

TAWARAN KERJA UNDI ATAS TALIAN (ONLINE) FASA 1 DAERAH KULIM TAHUN 2024

TAWARAN KERJA UNDI PERUNUTUKAN KEMENTERIAN EKONOMI PERINGKAT DAERAH KULIM DAN TAWARAN KERJA UNDI ATAS TALIAN (ONLINE) FASA 1 TAHUN 2024 DAERAH KULIM

IKLAN SEBUT HARGA (MEMBEKAL DAN MENGHANTAR TONER / DAKWAT PENCETAK SELAMA SETAHUN (1) TAHUN (12 BULAN)

NOTIS SEBUT HARGA (PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH BANGUNAN SERTA KAWASAN SEKITAR PEJABAT DAERAH DAN TANAH KULIM SELAMA TIGA (3) TAHUN)

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH LANGKAWI

TAWARAN KERJA UNDI ATAS TALIAN (ONLINE) FASA 3 TAHUN 2023 DAERAH LANGKAWI

NOTIS KERJA UNDI ATAS TALIAN (ONLINE) PERUNTUKAN BAGI MELAKSANAKAN PROJEK-PROJEK KECIL/ BERIMPAK TINGGI/ PEOPLE CENTRIC KEMENTERIAN EKONOMI TAHUN 2023 OLEH PEJABAT DAERAH DAN TANAH LANGKAWI

 
PENERANGAN RINGKAS
Bahan batu bermaksud apa-apa batuan, batu, marmar, kelikir, pasir, tanah bumi, laterit, tanah gembur, tanah liat, tanah lumpur, tanah rumput, gambur, karang, cenkerang atau tahi kelawar di dalam atau di atas mana- mana tanah dan termasuk juga apa-apa bata, granit, batu kapur, simen atau lain-lain barangan yang dikilang darinya.
Seksyen 5 KTN
 
Pemohon yang layak Permohonan boleh dibuat oleh orang-orang atau badan-badan seperti berikut :-
  • Orang perseorangan berumur 18 tahun keatas
    • Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan mereka untuk memegang tanah
  • Raja-raja pemerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberikuasa untuk memegang tanah di bawah Peruntukan-Peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsuler,1957
    • Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah dibawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
Seksyen 43 KTN
 
Tanah yang boleh dikeluarkan permit
  • Tanah Kerajaan.
  • Tanah Milik(Geran).
  • Tanah Lombong.
  • Tanah Rizab.
Seksyen 70 KTN
 
Permohonan dibuat Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang dan dokumen seperti berikut :-
  • Borang Permit Bahan Batu
  • Pelan kawasan yang dipohon (8 salinan).
  • Sijil Carian Rasmi bagi tanah milik(geran).
    • Surat kebenaran Akuan Berkanun pemilik tanah jika pemohon bukan pemilik tanah
Permohonan perlu dikemukakan Permohonan boleh dikemukakan ke Pejabat Tanah mengikut kawasan yang dipohon. Kuasa melulus Pentadbir Tanah kecuali tanah-tanah rizab sungai / tasek / laut oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Seksyen 13 & 70 KTN
 
Kadar bayaran pemindahan bahan batu
  Tanah Merah   RM 3.00   per meter padu
 Pasir RM 4.00   per meter padu
 Batu Karang RM 17.00 per 10 kilogram
 Bunga batu/Batu Hiasan RM 17.00 per kilogram
 Kapur Tohor dan Batu Kapur RM 3.00   per meter padu
 Batu Besar, Batu Kecil, Batu Kelikir,   Batu Granit/ Batu Pejal Sebarang   bentuk RM 4.00   per meter padu
 Batu Bata RM 4.00 per 1000 unit/sebahagian daripadanya
 Buku Doket RM 6.00 satu buku
Bayaran wang pertaruhan (deposit)
  • Bayaran wang pertaruhan ( deposit ) adalah mengikut kadar yang ditentukan oleh PentadbirTanah.
  • Perkara yang perlu dilakukan selepas permohonan diluluskan:- —> Menjelaskan segala bayaran yang dikenakan dalam tempoh yang ditetapkan dan mendapatkan resit bayaran—> Menandatangani surat akuan mematuhi syarat permit—> Mengemukakan 4 salinan pelan kawasan yang telah diperenggan. —> Mengambil Permit 4C. —> Mengambildoket.
Bahan batu boleh dikeluarkan Bahan batu boleh dikeluarkan mengikut tarikh yang ditetapkan dalam permit.
Syarat-syarat yang dikenakan Syarat-syarat yang lazim digunakan ialah seperti berikut:-
  • Setiap pemandu lori yang membawa bahan batu dari kawasan yang diluluskan hendaklah membawa sekeping doket yang mencatat jumlah bahan batu yang dibawa, tarikh, masa, jenis bahan batu dan tempat yang hendakdipindahkan.
  • Setiap doket yang dikeluarkan hendaklah disediakan dengan sempurna dan kertas karbon dua muka mestidigunakan
  • Kenderaan / lori yang digunakan hendaklah mengisi muatan sepertimana yang ditulis pada doket. Muatan tersebut pula mesti sama paras dengan dinding lori dan penggunaan papan tambahan adalah TIDAK DIBENAR sama sekali. Had muatan juga mesti selaras dengan yang dibenarkan dan diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan,Malaysia.
  • Pemandu lori dikehendaki memberhentikan lori sekiranya pemeriksaan dan sekatan dibuat oleh Pegawai Penguatkuasa Pejabat Tanah dan Galian Negeri / PejabatTanah.
  • Lori hendaklah ditutup dengan kanvas dan mempastikan jalan yang dilalui tidak kotor dan mengancam keselamatan orangramai.
  • Sebarang kerosakan harta awam yang bersabit dengan pemindahan bahan batu adalah menjadi tanggungjawab pada pemegang permit. Jika gagal mengatasinya maka wang pertaruhan boleh dirampas
    • Pemindahan bahan batu tidak dibenarkan pada hari Ahad dan hari Kelepasan Am. KECUALI pada hari Sabtu pertama dan ketiga bulan berkenaan atau mendapat kebenaran khas daripada Pentadbir Tanah.
    • Kerja-kerja pemindahan bahan batu hanya dibenarkan antara jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang sahaja.
  • Pemegang permit adalah dikehendaki menyelenggarakan rekod harian pemindahan di tempat pengambilan bahan batu dan mengemukakan rekod tersebut untuk pemeriksaan oleh Pengarah Tanah satu salinan rekod harian sepertimana yang dinyatakan di para ( i ) di atas dan penyata bulanan bahan batu diambil tiap-tiap bulan tidak lewat daripada 4 haribulan yang berikutnya atau pada tarikh permohonan semula yang mana lebih awal.(Bagi pemindahan bahan batu yang diluluskan kurang dari tempoh satu bulan, penyata harian sahaja diperlukan).
  • Pengambilan bahan batu hendaklah dari kawasan yang diberi kebenaran sahaja.
    • Pentadbir Tanah boleh mengenakan syarat-syarat tambahan dari masa ke semasa jika perlu.
Tindakan yang dikenakan sekiranya berlaku pelanggaran syarat Permit boleh dibatalkan dan wang pertaruhan serta doket boleh dirampas.
Permit boleh ditamatkan sekiranya:-
  • Pemegang permit meninggal dunia.
  • Badan atau syarikat dibubarkan.
Permit boleh dibatalkan sekiranya Permit boleh dibatalkan apabila kawasan berkenaan diperlukan atas kepentingan kerajaan.
Tindakan yang dikenakan sekiranya bahan batu dikeluar dan dipindahkan tanpa permit
  • Denda tidak melebihi RM 10,000.00; atau
  • Penjara untuk satu tempoh tidak melebihi satu tahun; atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 426 (1) KTN & Seksyen 97 & 100 KTN
[iframe src=”http://lelongharta.my/kedah/pejabat-tanah-kedah/” width=”100%” height=”500″]