A- A A+
Malay Chinese (Simplified) English Hindi

petamaklumbalashubungifaq

PERUTUSAN KETUA JABATAN

dato
 
Dato’ Haji Bukhari Bin Abdullah
DSDK., AMK., BCK.
Pegawai Daerah Sik

Pada kesempatan ini,saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Pejabat Daerah Dan Tanah Sik yang telah memerah keringat tanpa mengenal erti jemu dalam memastikan pentadbiran ini sentiasa berada pada tahap tertinggi. Sesungguhnya, tanpa kerjasama daripada semua pihak,pentadbiran Pejabat Daerah Dan Tanah Sik tidak dapat mencapai tahap di mana jabatan ini berada sekarang.

Pentadbiran Daerah Dan Tanah Sik akan memastikan segala hasrat, keperluan dan masalah penduduk di tangani secara bijaksana dan memuaskan hati semua pihak. Peralatan memudahkan tugasan sementara tenaga manusia melengkapkan kemanisan perencah kehidupan. Tenaga kerja inilah yang diutamakan dalam pentadbiran daerah dan tanah.

Memang benar,masih banyak yang perlu dilaksanakan di dalam pentadbiran ini. Pelbagai program yang telah dirancang masih jauh daripada mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Sebagai contoh; Program 5'S' yang telah dilancarkan sejak lebih setahun yang lalu masih di dalam peringkat pelaksanaan. Namun,saya percaya dengan semangat juang dan usaha murni yang berterusan untuk menyempurnakan segala program dan juga penyelesaian segala tunggakan tugasan akan dapat dilaksanakan.

Jabatan ini pernah menerima Anugerah Kualiti dan Inovasi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman bagi tahun 2010. Jabatan ini juga telah diberi penarafan 4 Bintang dalam Penarafan Bintang Jabatan. Oleh itu, saya percaya berkat kesungguhan dan kesabaran serta ketekunan di dalam melaksanakan segala tugas yang telah diamanahkan, pada suatu masa nanti anugerah-anugerah seumpama ini akan dapat dicapai lagi oleh jabatan ini.