A- A A+
Malay Chinese (Simplified) English Hindi

petamaklumbalashubungifaq

FUNGSI PEJABAT DAERAH SIK

  • Memberi perkhidmatan dan peningkatan taraf sosio-ekonomi dengan memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.
  • Mewujudkan sistem pentadbiran dan pengurusan yang lebih cekap dan kemas demi kesejahteraan rakyat.
  • Memperkemaskan sistem pentadbiran pembangunan Daerah Sik.
  • Menyelaraskan pengawasan dan tindakan yang melibatkan pelbagai jabatan kerajaan di peringkat daerah.
  • Untuk mengurangkan kadar rakyat termiskin di Daerah Sik serta menyediakan prasarana yang lebih sempurna dan mewujudkan masyarakat bumiputera yang berdaya maju.
  • Mewujudkan suasana yang aman dan damai di kalangan anggota masyarakat dan memberi khidmat kehakiman dan perundingan serta berusaha meningkat mutu perkhidmatan jabatan dan sebagai penghubung kepada kerajaan di peringkat daerah.

FUNGSI PEJABAT TANAH SIK

  • Merancang pembangunan dan guna tanah bagi tujuan pertanian, perumahan, perniagaan dan sebagainya selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.
  • Menyediakan maklumat mengenai kegunaan dan pemilikan tanah.
  • Menguruskan proses pengurniaan dan pembangunan tanah serta urusniaga seperti gadaian, hakmilik, pajakan dan proses bukan urusniaga seperti kaveat, ubahsyarat, perizaban perintah mahkamah dan sebagainya.
  • Mengawal dan merancang hasil melalui cukai tanah, lesen pendudukan sementara, permit bahan batuan, denda premium, urusniaga atau bukan urusniaga dan sebagainya.
  • Melaksanakan peraturan dan penguatkuasaan undang-undang tanah berdasarkan perundangan sedia ada.