LATAR BELAKANG DAERAH BALING

LATAR BELAKANG DAERAH BALING

 

LATAR BELAKANG DAERAH BALING

Pejabat Daerah adalah sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan pada awalnya adalah mengurangkan kadar kemiskinan, menambahkan pendapatan serta mentadbir daerah untuk kesejahteraan penduduk dan menyediakan infrastruktur awam dan asas. Pejabat Daerah ditadbir oleh pegawai daerah yang dilantik mengetuai pentadbiran bagi memacu agenda kerajaan negeri.

Pembayaran cukai tanah dan segala urusan berkaitan dengan tanah sebelum wujudnya Pejabat Tanah yang pertama di daerah ini dibuat oleh penduduk – penduduk di Kota Kuala Muda. Kota Kuala Muda ketika itu memainkan peranan utama di dalam pentadbiran negeri memandangkan ia menjadi pusat cukai pedagang yang keluar masuk ke negeri ini.

Pada masa itu, di daerah ini, Jalan Gudang menjadi pusat pertambungan pedagang / penduduk. Dengan kedudukkan nya yang strategic maka pihak pemerintah telah pun membina sebuah Pejabat Tanah di situ sebagai pusat kutipan cukai tanah daerah yang pertama. Pembinaan itu dibuat bagi memudahkan penduduk tempatan membayar cukai dan tidak perlu berulang-alik ke Kota Kuala Muda lagi.

Tapak pembinaan Pejabat Tanah Baling yang pertama itu terletak betul-betul di tapak Rumah Amal Baling, di Jalan Gudang terdapat sekarang ini. Tidak berapa lama dari itu, sekalilagi Pejabat Tanah berpindah tempat. Kali ini pejabat tersebut dipindahkan ke hadapan pejabat pos di dalam kawasan Masjid Ridzuaniah, Pekan Baling. Mengikut temubual yang diadakan harga bangunan tersebut ialah sebanyak RM7,000. Apabila Pejabat Tanah berpindah ke bangunan baru bersama-sama Pejabat Daerah di hadapan Balai polis sekarang ini, maka pihak kerajaan telah menyerahkan bangunan Pejabat Tanah kepada Persatuan Majlis Muhibbah Daerah Baling untuk dijadikan sebagai pejabat.

Bangunan Baru

Sejak tahun 1980an lepas, Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah Lama di dapati tidak lagi dapat menampung perkembangan pentadbiran yang semakin berkembang. Oleh itu perancangan telah pun dibuat oleh pihak kerajaan untuk membina bangunan baru yang dapat mengatasi masalah yang dihadapi seperti kekurangan kemudahan, ruang yang semakin sempit dan tidak sesuai dan lain-lain.
Pihak Kerajaan Persekutuan telahpun memperuntukkan sebanyak lebih kurang RM2 juta untuk membiayai pembinaan bangunan, pembelian alatan- alatan pejabat serta kemudahan-kemudahan.
Dengan bantuan Kerajaan Persekutuan, maka bangunan ini telah pun di reka bentuk dan dibina di tempat yang ada sekarang dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan lebih kurang RM2,000,000.00.