Soalan Lazim

Pentadbiran Daerah

Soalan : 1. Saya ingin mengadakan pementasan wayang kulit, bilakah permohonan lesen harus dibuat ? Jawapan : Pementasan wayang kulit termasuk di dalam Lesen Hiburan – Tiada Premis. Pemohon harus memohon lesen hiburan tersebut 3 bulan awal dariapada tarikh pertunjukan bagi memudahkan segala urusan. Soalan : 2. Berapa lamakah masa yang diambil untuk mendapatkan kelulusan bagi sesuatu lesen yang dipohon ? Jawapan : Setiap permohonan lesen samada yang mempunyai premis atau tiada akan melalui beberapa proses sebelum kelulusan dapat diberikan. Proses-proses yang terlibat adalah seperti berikut : a. Penerimaan permohonan – Semakan akan dibuat bagi memastikan borang dan dokumen lengkap diisi. b. Membuat surat rujukan kepada jabatan teknikal. Jabatan teknikal yang terlibat ialah MPSPK, Ibu Pejabat Polis Daerah, Jabatan Tenaga Kerja Daerah serta Balai Bomba dan Penyelamat. c. Menerima ulasan daripada jabatan teknikal. d. Mengadakan mesyuarat ( Lesen Hiburan – Premis ). e. Keputusan dibuat oleh Pegawai Daerah. f. Keluarkan Surat Kelulusan dan Lesen Hiburan. Soalan : 3. Bilakah masa yang sesuai untuk membuat bayaran bagi memperbaharui Lesen Hiburan – Premis ? Jawapan : Bagi memperbaharui Lesen Hiburan – Premis, pemohon diminta menjelaskan bayaran sebelum tarikh akhir lesen berkenaan seboleh-bolehnya seminggu awal daripada tarikh akhir.
INFO eKasih eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima. Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan. Antara ciri-ciri utama eKasih adalah:
  • Semakan status kemiskinan secara online
  • Penyelarasan maklumat bantuan
  • Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  • Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
  • Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  • Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
Modul-modul yang terdapat dalam eKasih adalah Modul Semakan, Pendaftaran, Kemaskini, Laporan, Pangkalan Ilmu, Sokongan, Pemakluman Kemiskinan dan SPB.
Soalan : 1. Apakah dokumen yang diperlukan ketika membeli Borang Permohonan Perumahan ? Jawapan : Dokumen yang diperlukan adalah Kad Pengenalan pemohon sahaja. Soalan : 2. Adakah Borang Permohonan Perumahan boleh didapati secara percuma ? Jawapan : Borang permohonan ini dijual dengan harga RM2.00 sahaja. Soalan : 3. Setelah borang permohonan siap diisi, bolehkan saya menghantar borang ke Pejabat Daerah Kuala Muda ? Jawapan : Borang permohonan yang telah siap diisi harus dihantar ke alamat di bawah. Pejabat Daerah tidak bertanggungjawab untuk menghantar borang permohonan bagi pihak pemohon. Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Aras 3, Blok C, Wisma Darul Aman Jalan Tunku Bendahara 05250 Alor Setar Kedah Darul Aman

Pentadbiran Tanah

Soalan : Sekiranya seseorang pemohon diluluskan pemberimilikan tanah kerajaan dan dikehendaki membayar premium dalam tempoh 3 bulan daripada surat di terima tetapi tidak dapat menjelaskan bayaran berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan, bolehkah pemohon merayu melanjutkan tempoh bayaran tersebut? Jawapan : Boleh merayu melanjutkan tempoh bayaran dengan syarat hanya akan diberi pertimbangan jika permohonan di kemukakan sebelum tempoh tarikh Borang 5A luput. Permohonan dianggap terbatal jika 5A tidak dijelaskan dan rayuan tidak dikemukakan dalam tempoh tersebut. Jika masih berminat,pemohon perlu mengemukakan permohonan baru (Borang Jadual 1) untuk diberi pertimbangan semula.
Soalan:
Di dalam Borang H ada disebutkan tentang penahanan bayaran pampasan sebanyak 25%. Jadi saya inginkan penjelasan mengenainya. Dalam keadaan manakah penahanan tersebut berlaku dan adakah pampasan untuk saya juga ditahan sebanyak itu?
  Jawapan : Penahanan pampasan sebanyak itu 25% akan dibuat sekiranya ada bantahan daripada pihak yang memohon pengambilan untuk projek tersebut. Contohnya bagi projek lebuhraya, kalau ada bantahan daripada LLM, pembayaran pampasan akan ditahan sebanyak 25% .
Soalan : Perlukah bahagian penyaksian disempurnakan sekiranya cop mohor diturunkan?
Jawapan : 
Ruangan penyaksian tidak perlu dilengkapkan sekiranya terdapat Cop Mohor syarikat pada borang suratcara.
1. Apakah Cukai Tanah?
Cukai Tanah ialah cukai yang mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah.(KTN Sek.5) Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.
2. Perbezaan ‘Cukai Tanah’ dan ‘Cukai Taksiran’?
Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai “Cukai Pintu’ dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Kubang Pasudan perlu dibayar dua kali setahun  (Akta.K. Tem 171),  manakala Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri (KTN Sek. 5).
3. Bila perlu bayar bil cukai tanah?
Anda diberi tempoh untuk membayar bil cukai tanah antara 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun.
4. Apa Akan Terjadi Jika Hasil/Cukai tidak di bayar sebelum 1 Jun setiap tahun ?
Jika tidak dibayar sebelum 1 Jun, cukai tanah akan menjadi tunggakan atau hutang anda kepada Pihak Berkuasa Negeri. Tunggakan ini akan dikenakan DENDA LEWAT kepada kadar yang ditentukan oleh pihak berkuasa negeri daripada jumlah tunggakan (KTN Sek 93,94(2).
5. Apa akan terjadi jika Hasil/Cukai dan Tunggakan tidak di bayar ?
Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah akan menghantar notis 6A kepada tuan tanah supaya membayar cukai dan tunggakan dalam tempoh 3 bulan. Bayaran notis 6A sebanyak RM 5.00 setiap pemilik akan dikenakan.(KTN Sek 97).
6. Apa akan terjadi jika hasil/Cukai dan Tunggakan tidak di bayar dalam tempoh 3 bulan Notis    6A di serahkan?
Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah akan mengisytiharkan tanah tersebut dirampas MENJADI MILIK KERAJAAN sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang. (KTN Sek 100, Sek. 129, Sek. 130 dan Sek. 131) Perampasan akan diisytiharkan dalam notis 8A dan diwartakan dalam warta Kerajaan Negeri. (KTN Sek. 131). Dengan terjadinya perampasan, anda tidak lagi mempunyai hak ke atas tanah tersebut.
7. Bagaimana anda boleh membayar Hasil/Cukai?
Anda boleh membayar Cukai Tanah di Kaunter Unit Hasil,Pejabat Tanah Kubang Pasu serta mana-mana Pejabat Tanah Negeri Kedah.
Anda juga boleh membayar cukai Tanah melalui pos menggunakan wang pos, cek berpalang (A/C Payee Only) dan Bank Draft di atas nama ‘PENTADBIR TANAH DAERAH’. *pembayaran melalui cek persendirian adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Perubahan alamat pemilik tanah hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir Tanah Kubang Pasu dengan segera.
8. Saya tidak terima bil. Bagaimana nak bayar bil cukai tanah?
Anda masih perlu membayar cukai walaupun tidak mendapat bil cukai tanah. Tanggungjawab ini digariskan dalam Seksyen 93, Kanun Tanah Negara 1965.
Jika anda masih tidak menerima bil selepas minggu ketiga bulan Januari, sila hubungi kami di Unit Hasil dan kami akan mengirimkan bil yang baru secepat mungkin. Ataupun anda boleh datang sendiri ke Pejabat Tanah Kubang Pasu untuk mendapatkan salinan bil cukai tanah anda. Ataupun anda boleh lawati laman web kami  www.ptgkedah.gov.my
9. Bagaimana jika saya berpindah atau bertukar alamat?
Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memaklumkan kepada kami tentang sebarang pertukaran alamat. Tangggungjawab ini digariskan dalam Seksyen 93, Kanun Tanah Negara 1965. Cara paling mudah, catatkan nama, no.kad pengenalan, alamat baru, berserta no.telefon di belakang bil cukai tanah dan hantarkan terus kepada kami.
Maklumat ini boleh membantu kami menghantar balik  alamat yang betul dan memudahkan anda jika ada sebarang urusan lain di pejabat ini.
10. Mengapa lebih baik membayar bil di Pejabat Tanah Kubang Pasu?
Memudahkan anda berurusan terutama jika anda masih tidak dapat bil cukai atau ingin membuat pertukaran alamat.Boleh berbincang terus dengan Pegawai Tanah Daerah anda jika terdapat sebarang permasalahan mengenai bil cukai atau tanah anda.Mengelakkan posting data yang lambat dari tempat kutipan cukai luar daerah kepada pihak kami.
11. Bagaimana jika maklumat pada bil berbeza dengan rekod/geran tanah yang dimiliki?
Bagaimana untuk memastikannya?
Sila maklumkan kepada kami dengan segera. Kami akan membuat semakan dan memaklumkan semula kepada pihak anda dengan secepat mungkin. Jika ada pembetulan, kami akan membetulkannya.