A- A A+
Malay Chinese (Simplified) English Hindi

petamaklumbalashubungifaq

Soalan Lazim Pejabat Daerah

BORANG PERUMAHAN

1. Apakah dokumen yang diperlukan ketika membeli Borang Permohonan Perumahan ?
Dokumen yang diperlukan adalah Kad Pengenalan pemohon sahaja.
 
2. Adakah Borang Permohonan Perumahan boleh didapati secara percuma ?
Borang permohonan ini dijual dengan harga RM2.00 sahaja.
 
3. Setelah borang permohonan siap diisi, bolehkan saya menghantar borang ke Pejabat Daerah Kuala Muda ?
Borang permohonan yang telah siap diisi harus dihantar ke alamat di bawah. Pejabat Daerah tidak bertanggungjawab untuk menghantar borang permohonan bagi pihak pemohon.
 
Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Bahagian Perumahan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Aras 3, Blok C, Wisma Darul Aman
Jalan Tunku Bendahara
05250 Alor Setar
Kedah Darul Aman

eKASIH

INFO eKasih
eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

Antara ciri-ciri utama eKasih adalah:

  • Semakan status kemiskinan secara online
  • Penyelarasan maklumat bantuan
  • Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  • Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
  • Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  • Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
  • Modul-modul yang terdapat dalam eKasih adalah Modul Semakan, Pendaftaran, Kemaskini, Laporan, Pangkalan Ilmu, Sokongan, Pemakluman Kemiskinan dan SPB.

LESEN HIBURAN

1. Saya ingin mengadakan pementasan wayang kulit, bilakah permohonan lesen harus dibuat ?
Pementasan wayang kulit termasuk di dalam Lesen Hiburan - Tiada Premis. Pemohon harus memohon lesen hiburan tersebut 3 bulan awal dariapada tarikh pertunjukan bagi memudahkan segala urusan.

2. Berapa lamakah masa yang diambil untuk mendapatkan kelulusan bagi sesuatu lesen yang dipohon ?
Setiap permohonan lesen samada yang mempunyai premis atau tiada akan melalui beberapa proses sebelum kelulusan dapat diberikan. Proses-proses yang terlibat adalah seperti berikut :
 
a. Penerimaan permohonan - Semakan akan dibuat bagi memastikan borang dan dokumen lengkap diisi.
b. Membuat surat rujukan kepada jabatan teknikal. Jabatan teknikal yang terlibat ialah MPSPK, Ibu Pejabat Polis Daerah, Jabatan Tenaga Kerja Daerah serta Balai Bomba dan Penyelamat.
c. Menerima ulasan daripada jabatan teknikal.
d. Mengadakan mesyuarat ( Lesen Hiburan - Premis ).
e. Keputusan dibuat oleh Pegawai Daerah.
f. Keluarkan Surat Kelulusan dan Lesen Hiburan.

3. Bilakah masa yang sesuai untuk membuat bayaran bagi memperbaharui Lesen Hiburan - Premis ?
Bagi memperbaharui Lesen Hiburan - Premis, pemohon diminta menjelaskan bayaran sebelum tarikh akhir lesen berkenaan seboleh-bolehnya seminggu awal daripada tarikh akhir.