LATAR BELAKANG DAERAH KULIM

LATAR BELAKANG DAERAH KULIM

 

LATAR BELAKANG DAERAH KULIM

Daerah Kulim dipercayai dibuka dan didiami sejak pertengahan abad ke 18 lagi iaitu dengan jumlah penduduk seramai 100 orang yang berasal dari keturunan melayu Pattani. Nama Kulim diambil sempena pokok Kulim yang tumbuh merata tempat. Nama Asal Bandar “Kulim” mendapat namanya jolokannya daripada sejenis pokok yang dipanggil “Kulim” (nama saintifiknya Scorocarpus borneensis Becc.)

Pokok Kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Scorodocarpus borneensis Buah pokok ini digunakan sebagai perencah masakan oleh orang asli di kawasan Tapah, Perak.. Pokok ini mengeluarkan buah selari dengan musim durian. Pada tahun 1997 dianggarkan harga jual beli untuk kayu pokok kulim per meter padu adalah mencecah sebanyak RM 270.00.

Menjelang pertengahan abad ke 19, Kulim telah menjadi tumpuan kerana penemuan hasil bijih timah. Pada tahun 1890 terdapat 400 pelombong Cina beroperasi di Kulim. Antara kawasan perlombongan bijih timah yang terawal dibuka ialah di Belakang Tebok. Lombong bijih timah yang terbesar telah dibuka di kawasan Kulim seperti Taman Tunku Putra, kampong Bukit Besar, Karangan, Terap dan Kelang Lama. Menurut catatan pada tahun 1854 terdapat 8 buah syarikat cari gali bijih timah dengan jumlah pekerja seramai 1500 orang. Pad tahun 1988 tercetus peristiwa besar di Kulim yang melibatkan pekerja-pekerja lombong bijih timah.

Peristiwa ini dikenali sebagai “Perang Kulim”. Kajadian ini tercetus kerana tauke-tauke lombong bijih di sekitar Kulim bergaduh sesama sendiri merebut seorang Cina yang cantik atau wanita simpanan. Tauke-tauke ini telah menggunakan pekerja-pekerja lombong masing masing dalam pergaduhan tersebut. Keamanan penduduk terancam dan pergaduhan ini telah berlanjutan bertahun-than lamanya dengan mengorbankan ramai orang. Insiden Perang Kulim 1888 ini telah menyebabkan kerajaan Kedah terpaksa melantik seorang rakyat British iaitu B.E. Mitchell sebagai Ketua Polis Kulim pada tahun 1890. Melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 maka pihak British telah menganggap Kedah telah pun berada dibawah pemerintahannya. Hanya pada tahun 1923 barulah sultan Abdul Hamid membuat perjanjian dengan British bahawa Kedah secara rasmi menjadi naungan British.

Nama Daerah Kulim dipercayai diberikan kerana terdapat banyak Pokok Kulim yang terdapat di kawasan ini terutama di kawasan Bandar Kulim oleh penduduk awal. Bekas pelombong yang bekerja di kawasan perlombongan yang kaya dengan hasil bijih timah di negeri Perak iaitu di kawasan Larut, Macang, Taiping dan Selama adalah yang mula-mula membuka Daerah Kulim. Bekas pekerja lombong ini melarikan diri dari kawasan bijih timah di Negeri Perak kerana tidak mahu terlibat dengan pergaduhan yang sering berlaku di antara Kumpulan Kongsi antaranya Kumpulan Ghee Hin dan Hai San yang sering ditubuhkan oleh pekerja-pekerja lombong Negeri Perak bagi menerbut kawasan yang kaya dengan bijih timah.

Dipercayai pelombong-pelombong ini melarikan diri merentas laluan belukar di kawasan Kulim menuju ke Pulau Pinang untuk mencari pendudukan baru. Pulau Pinang ketuka iti sudah menjadi bandar pelabuhan yang sibuk di Utara Tanah Melayu sejak pembiukaannya oleh Inggeris pada tahun 1786. Ketia melalaui kawasan Kulim bekas-bekas pelombong ini mendapati dalam sungai dan tanah ada tanda bahawa wujudnya bijih timah dan telah mengambil keputusan untuk tinggal menetap dan membuka perkampungan bagi memudahkan mereka mendulang bijih.

Diantara bangunan warisan yang masih terdapat di Kulim ialah panggung Coronation, Sekolah Menengah St. Patrick (1933) yang mana telah dijadikan sebagai bangunan perniagaan. Sekolah menengah Badlishah (1948), balai Polis Kulim dan sebagainya. Manakala Jam Merdeka Kulim telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah pada 15 September 1957 yang masih kekal menjadi mercu tanda bagi Bandar Kulim. Jam Merdeka Kulim telah berdiri megah lebih 50 tahun iaitu seusia dengan Kemerdekaan Malaysia pada 1957. Batu asas Jam Merdeka ini telah dibuat oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 14 Jun 1957. Jam Merdeka Kulim ini telah berjaya disiapkan dalam tempah 3 bulan dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Badlishah Ibni Almarhum Yang Dipertuan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid Shah, K.O.M.., C.M.G., K.B.E., Sultan Kedah pada 15 September 1957 iaitu 2 minggu selepas Perisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Daerah Kulim adalah salah sebuah daripada 12 daerah di Negeri Kedah Darul Aman yang terletak selatan Kedah Darul Aman. Kedudukannya di sebelah utara yang tertumpu dengan Sungai Muda menjadi sempadan Daerah Kuala Muda dan di sebelah timur laut bertumpu dengan Sungai Sedim yang menjadi sempadan dengan Daerah Baling. Manakala di sebelah tenggara yang tertumpu dengan Sungai Kerian adalah menjadi sempadan dengan Negeri Perak Darul Ridzuan, di selatannya bersempadan dengan Daerah Bandar Baharu dan di sebelah baratnya pula bersempadan dengan Negeri Pulau Pinang.

Secara lebih terperinci, tugas dan tanggungjawab Pejabat Tanah adalah meliputi pemprosesan permohonan tanah, pengeluaran hakmilik tanah, permohonan pindahmilik dan gadaian tanah, permohonan mengubah jenis kegunaan tanah, permohonan pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah, membuat pengambilan balik tanah, mengutip hasil tanah, mendaftarkan hakmilik serata, dan seterusnya menguatkuasakan undang-undang. Semua aktiviti ini perlu ditadbir dan diuruskan berdasarkan perundangan yang ada, di mana Kanun Tanah Negara merupakan undang-undang utama.

Secara amnya Pejabat Tanah Kulim dipertanggungjawabkan ke atas enam (6) tugas atau aktiviti utama seperti berikut:−

(i) menguruskan permohonan tanah
(ii) mengutip hasil tanah
(iii) menguruskan pendaftaran hakmilik
(iv) menguruskan permohonan pembangunan tanah
(v) penguatkuasaan undang-undang tanah
(vi) Pentadbiran, kewangan dan perkhidmatan sosial