SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU
23 OKTOBER 2021 (SABTU) – Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan oleh kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak. Hari Kanak-Kanak Sedunia ini disambut pada bulan Oktober di seluruh negara pada setiap tahun.
Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Daerah Bandar Baharu Tahun 2021 anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bandar Baharu dan Pasukan Pelindung Kanak-Kanak (PPKK) Daerah Bandar Baharu diadakan di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK), Taman Cempaka, Selama, Kedah.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena sambutan Hari Kanak-Kanak ini. Antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan kraftangan sulaman dan lipatan, pertandingan Video Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat B.I.J.A.K Safe and Protect dan Pertandingan Sirah Nabi.
Majlis Perasmian Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Daerah Bandar Baharu telah dilangsungkan pada jam 9.00 pagi dan dirasmikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) / Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Muhammad Afnan bin Mohd Roze, yang mewakili Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / YDP Majlis Daerah Bandar Baharu. Turut serta dalam majlis perasmian ini ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Bandar Baharu dan Penghulu Mukim Selama.
Majlis Perasmian ini turut diselitkan dengan Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Safe and Protect. Antara pengisian kempen tersebut ialah Ceramah Keselamatan dan Perlindungan Kanak-Kanak oleh Pelindung Kanak-Kanak dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bandar Baharu, Ceramah Motivasi oleh Kaunselor dari Pejabat Pendidikan Daerah Kulim / Bandar Baharu dan Ceramah Kesedaran Jenayah Seksual Kanak-Kanak oleh Pegawai Polis dari IPD Bandar Baharu.
Majlis Perasmian Sambutan Hari Kanak-Kanak ini juga turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah dan sijil penyertaan bagi pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Daerah Bandar Baharu ini.
Tahniah kepada semua yang terlibat atas kejayaan dan kelancaran Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Daerah Bandar Baharu pada hari ini.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bandar Baharu dan Pasukan Pelindung Kanak-Kanak (PPKK) Daerah Bandar Baharu atas penganjuran program yang sangat bermanfaat seperti ini.
Semoga sambutan Hari Kanak-Kanak ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang peranan dan tanggungjawab untuk melindungi dan memelihara hak kanak – kanak serta masa depan mereka sebagai generasi pewaris negara khususnya di Daerah Bandar Baharu.