A- A A+
Malay Chinese (Simplified) English Hindi

petamaklumbalashubungifaq

PERUTUSAN KETUA JABATAN

TUAN BARI

ENCIK ABDUL BARI BIN ABDULLAH
AMK.,BCK
Pegawai Daerah Baling

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2019 kepada semua kakitangan pejabat Daerah dan Tanah Baling, Majlis Daerah Baling dan semua kakitangan awam di Daerah Baling, juga kepada semua jabatan kerajaan.

Semperna tahun baru 2019, yang amat berhormat Menteri Besar telah menggariskan beberapa kaedah supaya semua penjawat awam tidak melengah-lengahkan kerja dalam menyempurnakan hasrat pelanggan. Kerja yang perlu dipercepatkan kenalah dipercepatkan supaya pelanggan yang datang ke jabatan masing-masing mendapat layanan yang terbaik  dari kakitangan awam.

Yang kedua, semua ketua-ketua jabatan dan kakitangan awam mestilah menanam perasaan jimat cermat dalam menguruskan jabatan ataupun unit masing-masing bagi menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan.

Yang ketiga, kakitangan awam mestilah dalam keadaan bersedia menerima pelanggan dan sentiasa bersedia memberi perkhidmatan. Orang awam tidak saja datang ke jabatan untuk berbual atau bersantai. Setiap mereka yang datang ke jabatan mesti ada tujuan atau matlamat atau keinginan untuk semua masalah yang mereka hadapi untuk diselesaikan.

Seandainya, pelanggan itu tidak dapat berjumpa dengan tuan-tuan, sila dapatkan nomber telefon atau apa sahaja alat perhubungan yang boleh tuan-tuan berhubung dengan orang awam pada masa yang sesuai untuk menyelesaikan masalah mereka dan setiap ketua jabatan atau ketua unit mestilah bersedia untuk turun ke lapangan mendekati rakyat dan melihat kehidupan rakyat jelata dan seterusnya memberi perkhidmatan, nasihat atau apa jua pertolongan semasa lapangan dan saya sebagai Pegawai Daerah menyeru supaya tuan-tuan melaksanakan kerja bersungguh-sungguh dan menganggap kerja sebagai satu ibadah dan kita laksanakan kerja yang terbaik harini kerana mungkin harini hari yang terakhir bagi kita dan mungkin esok kita tiada di sini lagi.

Sekian terima kasih.