Dasar Privasi

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat menghantar e-mel atau membuat aduan atau membuat transaksi yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat tersebut mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Portal Rasmi Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau saluran aduan awam.

Apabila anda melayari portal ini, kami mungkin menyimpan maklumat log berikut secara automatik seperti alamat protokol Internet tempat anda melayari, tarikh dan masa, nama portal tempat anda membuat pautan, nama fail atau perkataan yang anda cari, butiran yang anda klik pada portal, dan pelayar serta sistem pengoperasian yang anda gunakan.

Maklumat log ini digunakan untuk mengukur bilangan pelawat yang berkunjung ke portal ini dan mengenal pasti prestasi atau masalah sistem. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk membantu dalam membangunkan portal, analisis corak penggunaan, dan untuk menjadikan portal ini lebih berguna. Portal ini tidak berkongsi atau menjual data pelawat bagi tujuan pengiklanan, pemasaran atau sebarang tujuan komersial.

Portal ini menghasilkan Cookies, yang dikumpulkan oleh pelayar portal bagi membolehkan ia mengenali anda untuk kunjungan yang berikutnya. Cookies ini tidak menyimpan data anda secara kekal dan ia juga tidak disimpan di dalam cakera keras komputer anda. Cookies akan dipadamkan sebaik sahaja anda menutup pelayar anda.

Teknologi terkini termasuk perisian penyulitan data digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Portal Rasmi Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah Negeri ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja (iaitu di bawah https://webpdt.kedah.gov.my/). Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemaskini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain

TEXT