A- A A+
Malay Chinese (Simplified) English Hindi

petamaklumbalashubungifaq

PERUTUSAN KETUA JABATAN

 scanpic1

 Haji Abdullah Bin Haji Hashim, AMK.,BCK.
Pegawai Daerah Bandar Baharu

Daerah Bandar Baharu sebagai sebuah daerah di Negeri Kedah, kini sedang mengalami fasa pembangunan yang mencabar. Peningkatan drastik penduduk dan pertumbuhan perbandaran yang pesat, bakal merubah senario pembangunan daerah serta mampu mencipta permasalahan sosio, ekonomi dan politik yang mencabar. Justeru, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu yang berfungsi sebagai back-bone mekanisma pentadbiran peringkat daerah, harus bersedia dan mampu menangani cabaran perubahan yang sedang dan akan berlaku. Pelan Strategik ini pada dasarnya menyediakan kerangka visi serta misi yang jelas mengenai matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi ini dalam mendepani cabaran-cabaran semasa dan akan datang. Visi dan misi yang ingin dicapai terutamanya terarah kepada aspirasi untuk mewujudkan daerah sejahtera di mana program-program pembangunan sentiasa menekankan keseimbangan antara aspek fizikal, intelektual dan spiritual. Adalah diharapkan pelan ini akan menjadi dokumen rujukan, memandu proses menentukan halatuju pembangunan Daerah Bandar Baharu yang teratur lagi praktikal. Dalam parameter yang telah ditentukan, diharapkan komitmen semua pihak iaitu agensi kerajaan, entiti swasta dan NGO akan menggembleng sumber-sumber yang ada dalam usaha melaksanakan strategi-strategi yang telah ditetapkan.