A- A A+
Malay Chinese (Simplified) English Hindi

petamaklumbalashubungifaq

PERUTUSAN KETUA JABATAN

nordin
Tuan Haji Md. Nordin Bin Yahya
Pegawai Daerah Kuala Muda

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera saya ucapkan.

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda. Laman web ini dibina bagi memudahkan capaian maklumat oleh seluruh masyarakat. Pembangunannya adalah selaras dengan seruan kerajaan bagi memastikan setiap agensi kerajaan mempunyai laman web masing-masing. Ini juga adalah kerana Pejabat Daerah Dan Tanah tidak mahu ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat membangun. Kini Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda telah maju setapak ke hadapan dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat. Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda cuba berjalan seiring dengan jabatan-jabatan kerajaan lain dalam penyampaian maklumat melalui teknologi sedia ada.

Adalah diharapkan agar laman web Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda mampu memberi penerangan serta maklumat tentang peranan, tanggungjawab dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda. Laman web ini juga sedaya upaya cuba untuk menyediakan profil berkaitan Daerah Dan Tanah Kuala Muda untuk tatapan dan makluman semua pihak. Berita-berita terkini berkaitan Pejabat Daerah Dan Tanah akan dikemaskini dari masa ke semasa bagi membolehkan orang ramai mengetahui peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku. Diharap dengan kehadiran laman web ini, orang ramai lebih memahami akan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda.

Pihak kami sentiasa mengalu-alukan sebarang pertanyaan, cadangan, komen serta maklumbalas membina daripada semua bagi tujuan penambahbaikan laman web ini dari masa ke semasa.

Sekian, terima kasih.