A- A A+
Malay Chinese (Simplified) English Hindi

petamaklumbalashubungifaq

 PERUTUSAN KETUA JABATAN

 
                                                                                                                 IMG 20190521 WA00191
 
   Tuan Haji Hakim Ariff bin Mohd Noor
Pegawai Daerah Yan

Selamat datang ke Daerah Yan: Daerah Pelancongan, Daerah Bersih dan Sejahtera.

Portal ini bermatlamat untuk berfungsi sebagai media penghubung rasmi antara Pejabat Daerah dan Tanah Yan selaku jentera induk pentadbiran daerah dengan masyarakat awam umumnya. Inisiatif pelancaran portal ini merupakan satu usaha pemantapan dan penambahbaikan sistem penyampaian, dalam siri usaha berterusan warga Pejabat Daerah dan Tanah Yan, untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat Daerah Yan khususnya dan pelanggan orang ramai umumnya.

padat dengan paparan maklumat-maklumat berkaitan Profail Daerah Yan; wawasan, misi dan fungsi jabatan; jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh bahagian-bahagian serta unit-unit Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah , sistem pengurusan aduan; justeru maka diharapkan portal ini akan bermanafaat dan dimanafaatkan. Saya ingin menghargai serta mengalu-alukan apajua maklumbalas dan pandangan dalam usaha mengemaskini dan menambahbaiki persembahan portal ini.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.

"Ke arah Yan: Daerah Pelancongan, Daerah Bersih dan Sejahtera"