𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐌𝐔𝐃𝐀
KUALA MUDA, 5 Mac 2025 (Rabu) – Majlis Berbuka Puasa dan Program Penyampaian Sumbangan oleh YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman Peringkat Daerah Kuala Muda telah diadakan di Masjid Al-Imam Al-Nawawi Ambangan Height Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Program Penyampaian Sumbangan oleh YAB Menteri Besar Kedah peringkat daerah merupakan inisiatif tahunan yang diadakan sempena bulan Ramadan. Program ini bertujuan untuk menghargai dan membantu golongan seperti guru Al-Quran sukarela, jurumandi jenazah, penggali kubur, bidan kampung, bomoh patah, dan mualaf di daerah Kuala Muda.
Program-program ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri Kedah dalam menghargai sumbangan golongan yang banyak berjasa kepada masyarakat, terutama dalam bidang keagamaan dan khidmat komuniti.
Turut hadir bersama dengan program ini ialah Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri YB Dato’ Ustaz Azam Bin Abd Samat, Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau YB Ustaz Azizan Bin Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai YB Ustaz Haji Hanif Bin Ghazali, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda Syeikh Ahmad Muzammil Bin Yub, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) En. Mohd Rinizan Bin Razali, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En.Abdullah Sanie Bin Adnan, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) En. Mohd Afiq Bin Md Saad, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan) En. Muhd Hairee Bin Mohkatar, Wakil Pegawai-Pegawai Kerajaan, Penghulu-Penghulu Mukim, Penduduk Setempat dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.



