𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇
30 April 2024 : Telah berlangsung Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Daerah Langkawi 2024/1445H yang diadakan di Dewan Badminton, Kompleks Sukan LADA.
Hadir memenuhi jemputan Yang Berhormat Ahli Parlimen Langkawi, Yang Berhormat ADUN Kuah, Yang Berhormat ADUN Ayer Hangat, Yang Berbahagia Ketua Pegawai Eksekutif LADA dan Yang Berusaha Wakil Chairman Malaysia Association Hotel Kedah/Perlis serta dif-dif jemputan dari pelbagai jabatan dan agensi.
Terima kasih juga diucapkan kepada sukarelawan daripada Langkawi Tourism Academy dan Pejabat Belia Daerah Langkawi
yang turut sama membantu dalam menjayakan majlis pada malam ini.