πππππππ πππππππ ππππππππ πππππππ ππππππ πππ πππππ πππ
SIK, 18 JULAI 2024 –
πππππππ πππππππ ππππππππ πππππππ ππππππ πππ πππππ πππ
Memasak bubur asyura merupakan amalan kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat melayu Islam di Malaysia ketika datangnya bulan Muharram. Oleh itu, Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Sik mengambil pendekatan ini dengan mengadakan aktiviti memasak bubur asyura secara bergotong-royong.
Sebanyak 4 kawah bubur asyura telah dimasak yang melibatkan pegawai dan kakitangan jabatan ini. Sebanyak 200 bekas bubur asyura telah dapat disediakan dan telah diedarkan kepada semua warga kerja. Aktiviti memasak bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.
Antara objektif program ini diadakan adalah bagi memupuk semangat persaudaraan dan mengeratkan silaturrahim di kalangan warga Pejabat Daerah dan Tanah Sik. Di samping itu juga ia dapat memberi pendedahan mengenai masakan tradisi masyarakat ini.




