𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐂𝐀𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐔𝐍𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊-𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 / 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 / 𝐏𝐄𝐎𝐏𝐋𝐄 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐈𝐂 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈
16 Januari 2024 :
Telah berlangsung Majlis Cabutan Kerja Undi yang diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Langkawi pada pagi ini. Majlis ini juga disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi.
Yang Berusaha Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Langkawi diiringi Yang Berusaha Tuan Haji Zulkifli Bin Abdullah, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) telah membuat 5 cabutan undi melibatkan projek bernilai RM570K di bawah peruntukan Kementerian Ekonomi untuk kerja-kerja menaiktaraf Surau dan Masjid di Daerah Langkawi.
Turut hadir menyaksikan proses cabutan undi ialah wakil-wakil dari JKR Langkawi, Pejabat Agama Daerah Langkawi dan Persatiuan Kontraktor.
Tahniah bagi kontraktor yang berjaya dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini.