𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐒𝐔𝐊𝐌𝐀) 𝐗𝐗𝐈𝐈, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
KUALA MUDA, 28 Julai 2026 (Selasa) – Pegawai Daerah Kuala Muda Puan Hajjah Sharifah Norulasyikhah Binti Syed Mohamad telah menghadiri Majlis Penyerahan Bendera kepada kontinjen Negeri Kedah Darul Aman sempena Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor di Dewan Insaniah, Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Majlis Penyerahan Bendera dirasmikan oleh YB Tuan Haji Muhammad Radhi bin Haji Mat Din Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kedah (MSN). Turut hadir bersama YB Tuan Baddrol Bakhtiar Adun Gurun merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kedah (MSN), Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Haji Mohd Fauzi Bin Mustaffa TSUK (Pembangunan), Dato’ Muhamad Mahazi bin Haji Ibrahim TSUK (Pengurusan) dan Ketua² Jabatan.




Views Today : 228
Total views : 4654522



