𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐓𝐈𝐊𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 (𝐌𝐊𝐊) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
KUALA MUDA, 13 Julai 2026 (Isnin) – Pegawai Daerah Kuala Muda Puan Hajjah Sharifah Norulasyikhah Binti Syed Mohamad telah merasmikan dan menyerahkan watikah pelantikan Majlis Ketua Kampung (MKK) bagi Daerah Kuala Muda Tahun 2026 di Hotel Swiss Avenue, Sungai Petani.
Majlis ini bermula seawal jam 9.00 pagi dengan Kursus Pemantapan MKK yang dikongsikan oleh Pihak IPD Kuala Muda, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Turut hadir bersama YB Ustaz Hj Hanif Bin Ghazali Adun Tanjung Dawai, YB Ustaz Haji Shahrir Long Adun Pantai Merdeka, YB Ustaz Haji Azizan Bin Hamzah Adun Bukit Selambau, YB Tuan Baddrol Bakhtiar Adun Gurun, Tuan Muhammad Nur Ihsan bin Haji Yahaya Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), En Mohammad Iqbal Bin Zainal Abidin Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal), En Muhd Hairee bin Mohkatar Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran Dan Kewangan), Penghulu-penghulu Mukim Daerah Kuala Muda serta kakitangan Pejabat Daerah Kuala Muda.



Views Today : 1700
Total views : 4622717



