𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐁𝐔𝐇 𝐌𝐀𝐂𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 & 𝐁𝐑𝐈𝐒𝐊 𝐖𝐀𝐋𝐊 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐎 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐉𝐄𝐍𝐈𝐀𝐍𝐆

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐁𝐔𝐇 𝐌𝐀𝐂𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 & 𝐁𝐑𝐈𝐒𝐊 𝐖𝐀𝐋𝐊 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐎 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐉𝐄𝐍𝐈𝐀𝐍𝐆

KUALA MUDA, Tuan Azmin bin Zainol Abidin Pegawai Daerah Kuala Muda meluangkan masa dengan Solat Subuh macam Jumaat di Masjid Safuan, Pekan Jeniang.
Amalan Solat Subuh secara Berjemaah ini dapat mengeratkan hubungan di antara pemimpin daerah (Pegawai Daerah) dan juga warga Daerah Kuala Muda.
Aktiviti selepas solat diteruskan dengan pemberian duit sekolah kepada anak-anak yang hadir solat subuh bersama-sama. Pemberian ini sebagai salah satu semangat kepada anak-anak untuk sentiasa hadir ke Masjid pada setiap kali solat Fardhu.
Tuan Pegawai Daerah Kuala Muda juga turut meluangkan masa untuk Brisk Walk Ziarah Kasih ke beberapa buah rumah (3 buah rumah) di sekitar Masjid. Dengan ziarah Kasih serta sedikit sumbangan yang diberikan dapat mengurangkan sedikit bebanan Buat Ahli keluarga.
advanced-floating-content-close-btn