KAUNTER BERGERAK KUTIPAN CUKAI TANAH PEJABAT DAERAH DAN TANAH SIK
SIK, 21 JANUARI 2024 –
Program Kaunter Luar Kutipan Cukai Tanah Pejabat Daerah Dan Tanah Sik telah diadakan di Masjid Al-Ma’arif, Jeneri pada 20 Januari 2024..
Kaunter bergerak ini dijalankan adalah bertujuan untuk memudahkan penduduk di kawasan sekitar bagi membuat semakan dan bayaran cukai tanah. Dalam pada itu, penduduk sekitar juga berpeluang untuk mengemukakan segala pertanyaan berkaitan dengan cukai tanah dan lain-lain urusan tanah.
Pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Sik mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada pihak masjid yang menyediakan tempat untuk kutipan dan penduduk di kawasan sekitar yang hadir membuat pembayaran.