π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—žπ—˜π—•π—˜π—₯π—”π—‘π—šπ—žπ—”π—§π—”π—‘ π——π—¨π—Ÿπ—œ π—¬π—”π—‘π—š π—§π—˜π—₯𝗔𝗠𝗔𝗧 π— π—¨π—Ÿπ—œπ—” π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨ π—₯𝗔𝗝𝗔 𝗠𝗨𝗗𝗔 π—žπ—˜π——π—”π—› π— π—˜π—‘π—¨π—‘π—”π—œπ—žπ—”π—‘ π—¦π—’π—Ÿπ—”π—§ 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧

π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—žπ—˜π—•π—˜π—₯π—”π—‘π—šπ—žπ—”π—§π—”π—‘ π——π—¨π—Ÿπ—œ π—¬π—”π—‘π—š π—§π—˜π—₯𝗔𝗠𝗔𝗧 π— π—¨π—Ÿπ—œπ—” π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨ π—₯𝗔𝗝𝗔 𝗠𝗨𝗗𝗔 π—žπ—˜π——π—”π—› π— π—˜π—‘π—¨π—‘π—”π—œπ—žπ—”π—‘ π—¦π—’π—Ÿπ—”π—§ 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧

 

Kulim, 24 Jan 2025 : Duli Yang Teramat Mulia Tunku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah bersama anaknda Yang Teramat Mulia Tunku Sulaiman Badlishah ibni Tunku Sarafuddin perkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Muqarrabin, Kariah Taman Angsana, Daerah Kulim, Kedah di sini hari ini.
Ketibaan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah dan anaknda disambut oleh Yang Berhormat Dato’ Ust Mohd Azam Bin Abdul Samat (EXCO Kerajaan Tempatan Negeri Kedah), Sohibus Samah Dato Paduka Syeikh Fadzil Bin Awang (Mufti Negeri Kedah), Yang Berhormat Tuan Khairul Anuar Ramli (ADUN Lunas,)Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Zaini bin Haji Mohamad Ramli (Pegawai Daerah Kulim), Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Mohd Ismi Anuar Bin Haji Abdul Halim (Wakil Pengarah JHEAIK), Yang Berbahagia Dato’ Haji Elmi bin Yusof (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim), Yang Berbahagia Tuan Abdul Halim bin Hasan (Yang Dipertua PBT Taman Perindustrian Kulim Hi-Tech), Tuan Mohammad Shahuri bin Mohamad (Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan JHEAIK), Yang Berbahagia Tuan Syeikh Haizan bin Hamzah serta dif-dif kenamaan yang lain.
Khatib ialah Yang Berusaha Imam Ustaz Nazri bin Ayob menyampaikan khutbah bertajuk β€œIsrak Mikraj: Pembatas Iman dan Kufur”.
Setelah menunaikan Solat Fardhu Jumaat, Baginda Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah dan anaknda serta bersama-sama Jawatankuasa Kariah Masjid yang hadir perkenan merakamkan potret kenangan bersama-sama dif-dif kenamaan berserta Ahli Jawatankuasa Solat Jumaat di Masjid Al-Muqarrabin, Kariah Taman Angsana, Daerah Kulim, Kedah.
Baginda berangkat pulang pada jam 2.20 petang diikuti kepulangan dif-dif kenamaan yang lain.
Sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
advanced-floating-content-close-btn