13 Ogos 2020 (Khamis) Majlis Cabutan Kerja Undi Online Fasa 3 bagi Daerah Bandar Baharu Kedah Darul Aman tahun 2020 berlangsung di Wisma Darul Aman
Proses cabutan undi disempurnakan oleh YB Brigedier Jeneral (B) Dato’ Haji Najmi bin Haji Ahmad, DSDK dan YBhg. Pegawai Daerah Bandar Baharu
Keseluruhan jumlah projek bagi Daerah Bandar Baharu adalah sebanyak 15 projek di mana 11 projek Pejabat Daerah Bandar Baharu dan 4 projek Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Bandar Baharu