17 Ogos 2020 (Isnin) Taklimat Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Negeri Kedah Darul Aman

17 Ogos 2020 (Isnin) Taklimat Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Negeri Kedah Darul Aman

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu selaku Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Bahagian Pilihan Raya: P. 018 Kulim-Bandar Baharu menghadiri taklimat yang berlangsung selama 2 hari bermula hari ini sehingga 18 Ogos 2020.

Turut serta bersama-sama ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong Pegawai Daerah(Pendaftaran) dan Penghulu mukim Bagan Samak.

Taklimat bertujuan memberikan pemahaman yang jelas dan terkini kepada pegawai-pegawai yang dilantik berhubung Standard Operating Procedur (SOP) yang diguna pakai pasca PRU ke-14 dan dengan mengambil kira kaedah terbaik untuk melaksanakan pilihan raya dalam keadaan negara sedang menghadapi pandemik Covid-19.

🖱Portal : https://webpdt.kedah.gov.my

💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang

#kitajagakita
#staysafe
#covid19
#staysafe
#kitajagakita
#MalaysiakuMerdeka
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#KerajaanNegeriKedah
#pdtbbkedahdarulaman