LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH KE DAERAH KULIM

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH KE DAERAH KULIM

 

 

LAWATAN KERJA YANG AMAT BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH KE DAERAH KULIM.
KULIM, 07 FEBRUARI 2023 – Setiusaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Haji Norizan bin Khazali telah mengadakan lawatan kerja sehari ke Daerah Kulim.
Lawatan ini merupakan lawatan pertama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah setelah di lantik ke jawatan berkenaan.Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat isu – isu utama di peringkat daerah yang akan diangkat serta diselesaikan diperingkat negeri.
Program ini dimulakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Bari bin Abdullah, Pegawai Daerah Kulim.Seterusnya taklimat pengurusan daerah oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah(Pengurusan Daerah), taklimat pembangunan daerah oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) serta taklimat akhir dari pengurusan tanah oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah).
Seterusnya, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah melawat kawasan terjejas banjir di Kampung Padang Limau dan Kampung Sera serta diakhiri dengan majlis penyerahan kunci Pejabat Penghulu Mukim Sungai Ular dan Pejabat Penghulu Mukim Padang Meiha.
Hadir bersama adalah, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, YB Dato’ Haji Isahak bin Murat, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBhg.Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin.
advanced-floating-content-close-btn