MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN BERBUKA PUASA YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR KEDAH SEMPENA RAMADAN 1444H / 2023M PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN BERBUKA PUASA YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR KEDAH SEMPENA RAMADAN 1444H / 2023M PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU

03 APRIL 2023
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN BERBUKA PUASA YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR KEDAH SEMPENA RAMADAN 1444H / 2023M PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU
Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa YAB Menteri Besar Kedah Sempena Ramadan 1444H / 2023M Peringkat Daerah Bandar Baharu ini diadakan pada jam 5.00 petang bertempat di Masjid Al-Falah Sungai Tengas, Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran para penerima sumbangan dan ketibaan dif-dif jemputan. Majlis turut diserikan lagi dengan sesi Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Pegawai Khas Agama Menteri Besar, Tuan Syeikh Yusoff bin Haji Ahmad.
Sejurus tiba, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah tiba di Masjid Al-Falah, Bandar Baharu disambut oleh Yang Berbahagia Dato’ Pegawai Daerah Bandar Baharu, Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), Penghulu-penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu, Ahli-ahli Majlis Daerah Bandar Baharu, Jawatankuasa Masjid Al-falah, Ketua-Ketua Jabatan serta kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu yang hadir pada majlis tersebut.
Penyerahan sumbangan yang berbentuk barangan berserta wang tunai telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah kepada 150 orang penerima yang terdiri daripada kategori Guru Al-Quran Sukarela, Juru urus jenazah, Bidan kampung, Bomoh patah melibatkan semua mukim di Daerah Bandar Baharu.
Semoga sumbangan tersebut menjadi satu rahmat sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah di samping membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1444H / 2023 yang bakal tiba tidak lama lagi.
advanced-floating-content-close-btn