Lawatan Pegawai Daerah Bandar Baharu ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh dan PPS SK Selama

Pegawai Daerah Bandar Baharu membuat lawatan tersebut bagi melihat keadaan dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa tersebut.

PPS SK Sg Salleh masih dibuka dan 9 keluarga masih tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Manakala PPS SK Selama telah ditutup.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mangsa-mangsa tersebut terutama kepada agensi-agensi yang terlibat seperti APM Bandar Baharu, JKM Bandar Baharu , PDRM, dan Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu.

Mangsa-mangsa akan sentiasa dibantu dan dipantau dari semasa ke semasa.