MESYUARAT MAJLIS KERAJAAN (MMK)
KULIM, 12 JANUARI 2022 – Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor telah diadakan di Daerah Kulim.Sebelum mesyuarat bermula, YAB Dato’ Haji Sanusi telah mengadakan pertemuan bersama Pegawai Daerah dan Tanah Kulim, Tuan Haji Abdul Bari bin Abdullah selaku tuan rumah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim, Dr. Haji Nazman bin Mustafa serta diiringi Ketua Setiausaha Sulit Dato’ Armishah Siraj.