PERJUMPAAN DATO’ PEGAWAI DAERAH BERSAMA KETUA-KETUA UNIT PEJABAT DAERAH DAN TANAH LANGKAWI
09 Februari 2022 – Satu perjumpaan antara Yang Berbahagia Dato’ Abdul Gafar bin Yahya, Pegawai Daerah Langkawi bersama Ketua-Ketua Unit, Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi telah diadakan pada 9 Februari 2022 yang lalu bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi sebagai sesi perkenalan dan ramah mesra bagi meraikan Yang Berbahagia Dato’ Pegawai Daerah Langkawi.
Turut bersama dalam perjumpaan ini iaitu Tuan Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi yang bertukar ke Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah)