Majlis Penyerahan Geran dan Hari Apresiasi JPKK oleh YAB Menteri Besar Kedah
02 Februari 2023 (Khamis):
Pada hari ini telah diadakan Majlis Penyerahan Geran dan Hari Apresiasi JPKK oleh YAB Menteri Besar Kedah. Penyerahan geran dan Lesen Pendudukan Sementara telah diserahkan kepada 65 orang penerima manakala 3 orang penerima telah terpilih sebagai JPKK terbaik bagi tahun 2022 dan 3 orang lagi penerima telah dianugerahkan sebagai Setiausaha JPKK terbaik 2022.
Turut diserahkan surat Tawaran Mengurus Perkhidmatan Jeti Bot Penambang Kuah-Tuba bagi tahun 2023-2024 kepada Pengerusi Jeti Dato’ Syed Omar.