Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Anjuran Pejabat YAB Menteri Besar Kedah Dengan Kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi

Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Anjuran Pejabat YAB Menteri Besar Kedah Dengan Kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi

30 Mac 2023 (Khamis):
Telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Anjuran Pejabat YAB Menteri Besar Kedah Dengan Kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi.
Majlis penyampaian sumbangan telah disampaikan oleh YB Dato’ Wan Romani bin Wan Salim, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah mewakili YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman. Hadir bersama YB Dato’ Hj. Juhari bin Bulat, Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap ADUN Ayer Hangat, Tuan Mohammad Hasbullah bin Abd Hadi, Ketua Pegawai Pembangunan Daerah Kanan (Pengurusan Daerah) mewakili YBhg. Pegawai Daerah Langkawi, Yang Berusaha Sohibul Samahah Tuan Syeikh Lokman bin Ishak, Pegawai Agama Daerah Langkawi dan Yang Berusaha Tuan Imam Masjid Jamek Al-Qodim, Ulu Melaka serta ketua-ketua jabatan, pemimpin-pemimpin masyarakat, barisan imam di daerah Langkawi serta anak-anak kariah.
Seramai lebih kurang 300 orang penerima terpilih dari 2 DUN di Daerah Langkawi yang terdiri daripada guru Al-quran sukarela, mudim, bidan-bidan kampung, bomoh-bomoh patah, penggali kubur dan jurumandi jenazah telah menerima sumbangan dan juga barangan keperluan daripada YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman.
advanced-floating-content-close-btn