MESYUARAT PENYELARASAN PEMBINAAN MASJID BAHARU BANDAR PENDANG, KEDAH DARUL AMAN
PENDANG – 08 MEI 2023 Mesyuarat Penyelarasan Pembinaan Masjid Baharu Bandar Pendang, Kedah Darul Aman telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Pendang pada jam 9.30 pagi. Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Encik Nasrun bin Dato’ Mohd Sheriff,AMK.,BCK., Pegawai Daerah Pendang, turut sertai mesyuarat tersebut ialah Encik Yazlan Sunardie bin Che Yahaya,AMK,.BCK.,BKM., Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) dan Puan NorFazni bin Mustaffa,BCK., Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan). Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengerusi dan Wakil NCER. Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan dan pembentangan berkaitan Pembinaan Masjid Baharu Bandar Pendang, Kedah Darul Aman Mesyuarat. Turut hadir bersama ialah wakil – wakil dari setiap Jabatan Negeri, Daerah Pendang, Penghulu Mukim Ayer Puteh serta Tuan Iman Masjid Pendang.