MAJLIS PENYERAHAN GERAN OLEH YAB MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU TAHUN 2023

MAJLIS PENYERAHAN GERAN OLEH YAB MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU TAHUN 2023

16 JULAI 2023 ( AHAD )
Majlis Penyerahan Geran Peringkat Daerah Bandar Baharu Tahun 2023 telah disempurnakan oleh YAB Dato’Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, SPMK., AMK., Menteri Besar Kedah Darul Aman bertempat di Dewan Seri Tasik, Serdang Kedah Darul Aman pada jam 10.00 pagi.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Md Shuhaime Bin Abd Rahman, DSDK., PJN., AMK., BCK., ASK. Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman serta Yang Berbahagia Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff DSDK.,PSD.,PMW.,SDK.,AMK.,KAT.,AMN.,BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Fauzul Fitri bin Dato’ Haji Abdul Rahman Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Tuan Mohamad Izwan Bin Dato’ Paduka Mohd Omar Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Cik Siti Nur Atikah Bt Moktar Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), Tuan Zulfadzrin Bin Noor Din Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah), Pegawai-Pegawai daripada Jabatan dalam Pentadbiran Negeri Kedah serta kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu dan Majlis Daerah Bandar Baharu.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada YBhg Dato’ Pegawai Daerah Bandar Baharu kemudian diikuti dengan ucapan daripada YBhg Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah dan diserikan lagi dengan ucapan daripada YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman.
Seramai 44 penerima geran telah menerima geran pada majlis tersebut.
advanced-floating-content-close-btn