LAWATAN SETIAUSAHA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA KE PUSAT MENGUNDI DI PULAU TUBA (N.02 KUAH)

LAWATAN SETIAUSAHA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA KE PUSAT MENGUNDI DI PULAU TUBA (N.02 KUAH)

26 Julai 2023 :
Yang Berbahagia Dato’ Abdul Gafar Bin Yahya, Pegawai Daerah Langkawi bersama-sama Yang Berbahagia Dato’ Indera Ikmalrudin Bin Ishak, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah mengadakan lawatan ke 2 buah Pusat Mengundi di Pulau Tuba iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba dan Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Kedah Ke-15 yang akan diadakan pada 12 Ogos 2023.
Turut hadir Yang Berusaha En. Mohd Faishol Bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah, Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah, Yang Berusaha En. Mohamad Hasbullah Bin Abd Hadi, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) dan Yang Dihormati ACP Shariman Bin Ashari, Ketua Polis Daerah Langkawi.
advanced-floating-content-close-btn