MALAM CINTA RASUL SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH LANGKAWI

MALAM CINTA RASUL SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH LANGKAWI

12 Oktober 2023 (Khamis):
Malam Cinta Rasul Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Langkawi yang diadakan di Dewan Badminton Kompleks LADA berjalan dengan lancar.
Antara dif-dif jemputan yang hadir ialah Yang Berhormat Encik Zubir Bin Ahmad, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Yang Berhormat Encik Amar Pared Bin Mahmud, ADUN Kuah, Yang Berhormat Puan Shamsilah Binti Siru, ADUN Ayer Hangat, Yang Berusaha Encik Mohd Syuhada Bin Abd Razak, Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah) mewakili Pegawai Daerah Langkawi, yang Berusaha Encik Sharudin Bin Hassan mewakili Pegawai Eksekutif LADA, Yang Dihormati SUPT Samsulmuddin Bin Sulaiman, Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi mewakili Ketua Polis Daerah Langkawi, Yang Berusaha Syeikh Lokman Bin Ishak, Pegawai Agama Daerah Langkawi, serta ketua-ketua jabatan yang lain.
Program yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah Langkawi dengan kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi serta Lembaga Pembangunan Langkawi ini dianggarkan dihadiri lebih daripada 1,300 orang. Program telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran penceramah terkenal iaitu Ustaz Roslan bin Che Ros, persembahan dari kumpulan nasyid terkemuka tanah air iaitu Rabbani dan bacaan Al Quran daripada Qariah cilik iaitu Naib Johan Ihtifal KAFA Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.
Terima kasih diucapkan kepada warga Langkawi atas kehadiran pada malam ini.
Foto kredit : Unit Media Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi & Mohd Badrul Azzani
   
advanced-floating-content-close-btn