MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN OLEH YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR KEDAH SEMPENA RAMADAN 1445H / 2024M PERINGKAT DAERAH PENDANG

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN OLEH YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR KEDAH SEMPENA RAMADAN 1445H / 2024M PERINGKAT DAERAH PENDANG

PENDANG , 19 MAC 2024 – Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan oleh YAB Menteri Besar Kedah Sempena Ramadan 1445 H/ 2024M Peringkat Daerah Pendang ini diadakan pada jam 4:15 petang bertempat di Masjid Al-Fathoniyah, Mukim Guar Kepayang, Pendang. Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran para penerima sumbangan. Majlis turut diserikan lagi dengan sesi Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Pegawai Agama Daerah Pendang, Sohibus Fadillah Tuan Syeikh Alwi bin Othman. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah tiba di Masjid Al-Fathoniyah, Mukim Guar Kepayang, Pendang pada jam 6.00 petang dan disambut oleh Tuan Pegawai Daerah Pendang merangkap YDP Majlis Daerah Pendang, Yang Berbahagia Tuan Nasrun bin Dato’Mohd Sheriff, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Kedah Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, YB ADUN Tokai, YB Dato’ Dr.Mohd Hayati bin Othman, YB ADUN Sungai Tiang YB Tuan Abdul Razak bin Khamis, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan), Penghulu-penghulu Mukim Daerah Pendang, Ahli-ahli Majlis Daerah Pendang, Jawatankuasa Masjid Al-Fathoniyah, Mukim Guar Kepayang, Pendang, Ketua-Ketua Jabatan serta kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Pendang yang hadir pada majlis tersebut.

Penyerahan sumbangan berbentuk barangan berserta wang tunai telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah kepada para penerima bagi Mukim Guar Kepayang yang terdiri daripada Guru Al-Quran Sukarela, Jurumandi Jenazah, Penggali Kubur dan Mualaf.
Semoga sumbangan tersebut dapat membantu meringankan beban para penerima sumbangan dalam menjalani ibadah puasa.
advanced-floating-content-close-btn