HARI BERTEMU PELANGGAN & TOWN HALL SANTAI RETRO SERDANG

HARI BERTEMU PELANGGAN & TOWN HALL SANTAI RETRO SERDANG

26 MAY 2024 ( AHAD )
Hari Bertemu Pelanggan & Town Hall Santai Retro Serdang yang melibatkan pelbagai agensi dan jabatan di Daerah Bandar Baharu telah diadakan bertempat di Tasek Serdang, Kedah bermula jam 9.00 pagi.
Program dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail iaitu Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Pengerusi PEMADAM Dan Pengerusi Bulan Sabit Merah Daerah Bandar Baharu.
Program dianjurkan oleh Majlis Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu, PEMADAM Bandar Baharu, Puspanita Cawangan Kecil Bandar Baharu dan Bulan Sabit Merah Daerah Bandar Baharu.
Pelbagai aktiviti menarik dan pameran telah dipamerkan kepada para pengunjung yang hadir, antaranya Cabutan bertuah, Senamrobik, Cleanwalk tasik, Kaunter Khidmat Pelanggan & Pameran Jabatan/Agensi/ Perbankan, Pameran Kenderaan PDRM & Bomba, Tukar minyak hitam percuma (terhad 20unit sahaja), Pertandingan mewarna kanak – kanak, Taklimat dan Demonstrasi APM, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Aktiviti Berkuda, Aktiviti Memanah, Aktiviti Demonstrasi Silat, Aktiviti berkayak, Pameran kereta dan motorsikal retro, Jualan makanan & minuman serta Sukaneka rakyat.
Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan di antara Jabatan dan masyarakat setempat di samping memberi pendedahan sebenar fungsi dan objektif setiap jabatan dan agensi di Daerah Bandar Baharu.
Turut hadir bersama Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Tuan Mohamad Izwan Bin Dato’ Paduka Mohd Omar, Yang Berhormat Roslan Bin Hashim (Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu), Yang Berhormat Prof. Dr. Ts. Muhammad Suffian Bin Yusoff (Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu), Ketua-Ketua Jabatan, Ahli- Ahli Majlis, Penghulu Mukim dan para pengunjung yang hadir sekitar program tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada semua jabatan dan agensi yang terlibat serta pengunjung yang hadir bagi memeriahkan program tersebut.
advanced-floating-content-close-btn