PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA ANJURAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH PENDANG BERSAMA MAJLIS DAERAH PENDANG SERTA PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH PENDANG

PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA ANJURAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH PENDANG BERSAMA MAJLIS DAERAH PENDANG SERTA PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH PENDANG

PENDANG, 22 Julai 2024 (Isnin) – Program Kacau Bubur Asyura anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Pendang bersama Majlis Daerah Pendang serta PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang bermula seawal 8.00 pagi sehingga 1.00 petang bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Pendang.
Sempena menyambut Bulan Muharram, kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Pendang mengambil pendekatan ini dengan memasak bubur asyura secara bergotong-royong.
Sebanyak 2 kawah bubur asyura dimasak dan telah diedarkan kepada semua warga kakitangan. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan jabatan yang terlibat.
advanced-floating-content-close-btn