MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN DAERAH (JTPD) PENDANG, KEDAH DARUL AMAN BILANGAN 5 TAHUN 2024.

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN DAERAH (JTPD) PENDANG, KEDAH DARUL AMAN BILANGAN 5 TAHUN 2024.

PENDANG, 10 September 2024 (Selasa) – Mesyuarat JTPD ini diadakan pada jam 9:30 pagi dan dipengerusikan oleh YBhg.Pegawai Daerah Pendang, Tuan Nasrun bin Dato’ Haji Mohd Sheriff, AMK, BCK. bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Pendang.
Mesyuarat dimulakan dengan aluan Tuan Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Pendang Bilangan 4 Tahun 2024 yang lalu serta diteruskan dengan perbincangan perkara-perkara berbangkit.
Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan pembentangan berkaitan Laporan Projek Pembangunan Fizikal dan Infrastruktur oleh jabatan-jabatan teknikal berkaitan.
Turut dibentangkan juga Laporan Program & Aktiviti Keselamatan / Kesihatan / Alam Sekitar serta Laporan Projek Ekonomi, Aktiviti Sosial dan Pendidikan oleh jabatan – jabatan / agensi berkaitan di Daerah Pendang.
Pelbagai isu semasa daerah dibincang dan beberapa info terkini daerah turut dikongsi oleh pelbagai jabatan / agensi untuk tindakan susulan dan makluman bersama kepada ahli-ahli mesyuarat.
Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah YB Dato’ ADUN Tokai, YB ADUN Sungai Tiang,
Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah), Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran & Kewangan), Ketua-ketua / wakil Jabatan / Agensi di Daerah Pendang, semua Penghulu Mukim serta urus setia dari Unit Pembangunan.
advanced-floating-content-close-btn