KEBERANGKATAN YANG TERAMAT MULIA TUNKU TEMENGGONG KEDAH KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA DI SMK PENDANG

KEBERANGKATAN YANG TERAMAT MULIA TUNKU TEMENGGONG KEDAH KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA DI SMK PENDANG

PENDANG, 22 September 2024 (Ahad) – Tunku Temenggong Kedah, Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah telah perkenan berangkat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Pendang pada pagi ini.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah YBhg Tuan Pegawai Daerah Pendang, Wakil Tuan Ketua Polis Daerah, Pegawai Pendidikan Daerah, serta wakil-wakil daripada agensi-agensi lain negeri dan daerah yang terlibat dalam pengurusan dan bantuan kepada mangsa bencana di daerah Pendang.
advanced-floating-content-close-btn