WAKALAH AGIHAH ZAKAT PEJABAT KERAJAAN NEGERI KEDAH TAHUN 2024 KEPADA GOLONGAN ASNAF DAERAH BANDAR BAHARU

WAKALAH AGIHAH ZAKAT PEJABAT KERAJAAN NEGERI KEDAH TAHUN 2024 KEPADA GOLONGAN ASNAF DAERAH BANDAR BAHARU

12 DISEMBER 2024 ( KHAMIS )
WAKALAH AGIHAH ZAKAT PEJABAT KERAJAAN NEGERI KEDAH TAHUN 2024 KEPADA GOLONGAN ASNAF DAERAH BANDAR BAHARU
Program sumbangan wakalah zakat Pejabat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman diadakan bagi menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat kepada golongan asnaf yang dikenalpasti di Daerah Bandar Baharu.
Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK.,BCK.Pegawai Daerah Bandar Baharu telah meluangkan masa hadir bagi menyempurnakan penyerahan sumbangan wakalah zakat ini.
Pejabat Daerah Bandar Baharu dan Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu yang diamanahkan untuk menyerahkan zakat kepada 25 orang penerima iaitu dari Mukim Bagan Samak (5 orang), Mukim Serdang (4 orang), Mukim Relau (4 orang), Mukim Sungai Kechil Ilir (4 orang), Mukim Selama (4 orang) dan Mukim Sungai Batu (4 orang).
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Tuan Mohamad Izwan Bin Dato’ Paduka Mohd Omar Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Tuan Zulfadzrin Bin Noor Din Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah), Penghulu- penghulu Mukim serta kakitangan dari Pejabat Daerah Bandar Baharu.
Semoga sumbangan dan program seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban golongan asnaf di Daerah Bandar Baharu sekaligus mengeratkan lagi hubungan antara Kerajaan Negeri Kedah, Pejabat Daerah Bandar Baharu serta masyarakat di Daerah Bandar Baharu.
advanced-floating-content-close-btn