𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 – 𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 (𝐓𝐌𝐊) 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐈𝐊

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 – 𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 (𝐓𝐌𝐊) 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐈𝐊

SIK, 19.12.2024 – Satu Program Gotong-Royong Perdana Sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025 Daerah Sik telah diadakan di dua DUN iaitu Dun Belantek dan DUN Jeneri.
Program diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Pegawai Daerah Sik, Tuan Faisal Rizal bin Mohammad, ADUN Belantek, YB Haji Ahmad bin Sulaiman yang turut sama bergotong – royong bagi kawasan Pekan Sik dan juga Menteri Besar Kedah selaku ADUN Jeneri, YAB Dato’Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor turut sama bergotong – royong bagi kawasan Batu 5, Sik seterusnya hadir ke Pekan Sik bagi memeriahkan lagi program gotong – royong ini.
Hadir bersama barisan Pegawai Tadbir Negeri Kedah Daerah Sik, ketua-ketua jabatan Daerah Sik, Ahli Majlis Daerah Sik, NGO, MKK Daerah Sik, kakitangan jabatan-jabatan Daerah Sik serta kakitangan Pejabat DUN.
advanced-floating-content-close-btn